LaGu TeMa BlOg AkU....

SeBelUm korang BacA Blog Aku Ni....Inilah LagU tema Blog Aku...pasang SpeAker...taK paham Kalu...BacA LiRik ni...NyanYi Sama-Sama....


This is my blog,
My way,
My mind,
My say,
If you don't like it,
Get out go away,
Cause this is my site,
My crib,
My likes,
If you don't like it,
Get out of my site,
A place where I can hang out, (uh-huh)
A place where I can shout out, (my thoughts)
All the feelings I keep inside, (uh-huh)
I post it all on this site. (oh my god)

OK! Well welcome to my blog,
urm.. u r a visitor,
please leave ur initials
Thank you, come again!

Monday, May 24, 2010

Camne nak bina keluarga bahagia?

ini untuk dikongsi bersama bagi semua yang membaca tips ni..kadangkala kita tidak mampu buat semua ini tetapi At least adalah yang diamalkan...

1. Hormat pada pasangan anda dan jadi contoh pada anak2
2. Jujur dalam hubungan suami isteri. Setiap rumahtangga memerlukan kesetiaan. Jangan melakukan sesuatu yang boleh mengganggu gugat hubungan dengan pasangan anda. Kadang-kadang kita anggap perkara kecil, tapi sebenarnya akibat agak besar juga.
3. Luahan pada pasangan anda dengan ayat2 cinta seperti "I love U" sekurang kurangnya sekali sehari
4. Keluhan dalam rumahtangga adalah biasa. Elok kita mengeluh depan2 kerana pasangan adalah tempat kita berteduh
5. Imbas Kembali kenangan lama sebelum berkahwin dengan bercerita, buat semula apa yang pernah dibuat dulu
6. Percayalah pada pasangan anda dan jangan pula membuatkan dia tidak percaya anda...kena sama2 berusaha
7. Pertengkaran dalam hubungan adalah biasa, tetapi jaga pertuturan supaya tidak terkeluar perkataan2 yang kasar2 termasuk penggunaan "aku & kau"
8. Penampilan anda haruslah semakin baik...bukannya semakin tidak terurus. Mungkin bagi wanita atau lelaki, berat badan meningkat boleh mengganggu tarikan tetapi sebenarnya tidak. Kadang2 apabila berat semakin meningkat, kita semakin menarik, sihat, comel atau hensem2 kacak gitu. Tidak salah kita berdandan atau bercantik cantikkan atau berhensem henseman walaupun dirumah supaya mata pasangan anda tidak puas melihat.
9. Berbincang dengan pasangan tentang perancangan masa depan, pastinya banyak idea2 akan timbul untuk kebaikan bersama
10. Susah bersama, walaupun apa jua keadaan, cuba pahami keadaan pasangan anda. Anda perlu saling payung memayung supaya pasangan anda sentiasa rasa dirinya selamat dan tidak kekurangan.

Thursday, May 20, 2010

Hidup kena bermatlamat

Memang satu kenikmatan dan kesyukuran apabila kita mampu membuang tabiat buruk kita untuk kebaikan...seperti mahkluk2 lain terutamanya manusia, pasti akan ada kekurangan pada diri seseorang itu walaupun sehebat mana dia..dan aku tak lari jugak dari itu semua. Kadang2 bila dah buang yang buruk2 tu..ada benda2 buruk yang baru datang plak. Salah satunya sikap aku yang suka melenting apabila aku tak suka satu perkara tu...terutamanya kalau orang poyo dengan aku..tu sebab aku lebih suka dok diam2..buat benda tanpa perlu share dengan sesiapa..tapi sampai bila bah? Aku skrg ni kira slowly la mampu bertahan, berdiam diri apabila ada org test kesabaran aku..cuma kekadang tu terkeluar gak dari sempadan..kalau nak diikutkan..dulu aku lagi teruk..dok buat hal sendiri...sampai aku tukar motor rgv pembelian ibu pun senyap2..balik bawak rxz...wahh..pandai buat keputusan sendiri..umur baru 18 tawun..bukan pe..aku kalu dah nak..mmg nak..kalu bgtau kang..tak dapek..smpai mak aku konpius..dia ni keje nanti bleh ke dibawak berbincang...abisla geng2 opis aku kena interview masa mula2 diorang datang umah beraya dulu..pastu aku kalau marah..terasa..aku diam je..sampaikan org pn tak pasti aku terasa/marah dgn sapa..haha..padan muka..sapa makan garam, dia la rasa masin..
Sekarang ni aku dh ok la gak..tak mcm dulu..almaklumlah kita kena berubah ikut keadaan n untuk kebaikan semua orang disekeliling..nak plak dah jadi suami/bapa ni. Tanggungjawab memastikan segala kelengkapan; rumah,barang dapur,segala bil,pengangkutan dll cukup..dan aku hanya perlukan rest seperti main xbox, tenet & bersukan. Yang penting aku dok umah, anak bini nampak aku..daripada aku sosial hilang tah kemana..hahaha..kalau ada bajet, leh buat kawasan luar umah tu tempat berehat..ala2 bali gitu..untuk lepak mencari ketenangan..haha..supaya aku dapat atasi ujian2 kat diri aku ni oleh orang sekeliling..

ahhhh....lemah seluruh tubuhku




huhuhu..semalam selesai sudah satu lagik tugas,menguruskan program derma darah kat agrobank. biasalah aku sebagai ajk kelab, kena berkhidmat untuk sosial n kebajikan. Job aku mcm biase la, menangkap photo2 untuk dipaparkan kat portal. pada masa yang sama gaks aku turut menyumbangkan darahku untuk membantu mereka2 yang memerlukan. Mudah-mudahan dapat menambah pahala mengatasi dosa-dosa aku yang ada...hik hik hik...agaks lemah skit...


Sunday, May 16, 2010

Today is Sunday..i'm exhausted

Hari yang cukup memenatkan..dari pagi sampai la ke petang aku mengerjakan kuda Malaysia dan kuda German... buat detailing kategori amatur..hehehe..selesai sudah..Semalam punye cite plok aku cuma pi weeding ceremony kat PICC, Putrajaya, ex boss ABADI, en zainal punye anak pompuan punya hari bersejarah..kebetulan ada sambutan Hari Belia kat situ..aku takleh miss majlis ni sebab diorang pegi weeding aku haritu..dua-dua side plak tu.

Nilah budak yang paling hepi pi PICC aritu..kekeke


Tuesday, May 11, 2010

Panas...panas...

Hari bekerja....seperti biasa yang malasnya ialah perjalanan nak ke ofis, JEM. Aku sampai ofis harini pukul 8.20 dan disebabkan kelaparan, aku pi la kedai mamak sorang-sorang. Tetiba sampai plak kelibat mamat ni join aku..terkezut...sbb? sbb budak ni jarang nak breakfast pagi dan yg lagi terkezutnya dia sorang2 turun pi kedai mamak..unbelievable. Sapa lagi kalau bukan rakan seunit aku..Masa tu jam pukul 8.35..tengah dok lantak, tetiba dapat call plak dari office mate aku "BOS CARI"...adoi..time2 ni la cari aku..tak cukup dgn tu..time aku nak pi bayar (dlm kul 8.45)..bos call aku plak & aku jawab je..pe lagi...kena sekali la aku..dengan rakan seunit aku pun kena..padahal jarang dia turun..nak dijadikan cerita, ramai lagi yang hari2 pi breakfast, tapi harini tak pegi plak..selamatla diorang...tak pun bos tak ushar diorang..aku mmg tak gemar kerja dalam keadaan terlampau strict ni..aku spend 15 minit je, walaupun masuk keje kul 8.30, aku ni manusia dan aku admit silap aku tak breakfast sebelum kul 8.30..dah tak sempat nak buat camne. Tapi yang penting bagi aku, kerja aku siap, orang takde complain dan aku takde merugikan duit company...compare dengan orang lain yang berlakon kerja banyak tapi sebenarnya tak buat kerja pun..main game lagi adala sepanjang 8 jam dok kat ofis tu. Yang aku lagi panas, dengar cite plak rakan seunit aku ni (unit aku ni 2 orang je..aku n dia) nak kena transfer masuk unit lain..kononnya unit tu tak cukup man power..memang unit tu dari dulu priviledge lebih skit..dulu ex boss aku cakap kat aku " unit u ni takde benefit kat bank..so i takleh nak monitor..i kena fokus pada unit "TUT". aku panas la...ape unit aku ni takde benefit? meh aku jahanamkan application dalam unit aku ni...tengok korang melenting tak...ni nak kacau unit aku plak..kalau betul unit workload banyak gila, stayback la after office..ni tengok 5.30 dah balik..aku dulu unit 2 orang je...nak kena settle kerja..lewat malam pun tak balik lagi...jangan kata aku bujang la time tu..aku pun manusia gak..penat gak..tapi kat situ nampak camne kekurangannya... ni tak abis2 lagi...bikin wa panas betul..

Friday, May 7, 2010

Hari minggu....aku suka!..tapi...nak watpe?

Yahoo...hari minggu dah tiba..bestnya..takyah pikir pasal opis..pasal jem time pegi n balik..smlm emel ada problem..so patutnya aku pi opis pagi ni, tapi brontok bro kata defrag semalam ada hasil baik, so takyah la pegi..aku pun ada jemputan majlis cukor jambui umah jiran kat sini. Pastu aku nak pi KL la jalan2..kasi abis duit..sok ahad dok umah seharian..tapi perjalanan nak ke KL tu yg buat berat skik tu...tol n minyak dia...perghhhhhhhh... nak kena sumbat 2.8 aku ni full tank...

Thursday, May 6, 2010

Perlukah aku kebosanan di tempat kerja?

Nampaknya kebosanan aku semakin kritikal..aku semakin kurang bersemangat berbanding waktu2 dahulu semasa unit aku dihuni oleh aku & sorang kakak ni..masa tu mmg gilo punye bz..kalau aku relax...relax betul..kalau aku bz...mak oi..sampai tengah malam bz. Tapi bz pun masa tu sronok sbb aku dpt menyumbangkan hasil kepada organisasi. Dapat peluang present kat management pun ado..kekadang jadi one man pun ado sampai slack kalu..ko sorang jela glamour. Sejak korporat ni, banyak job yang dah dimansuhkan sebab outsourcing. So kurangla terlibat dengan event2 lagi. Aku pun mcm dah buntu je...buntu sbb environment dah tak se best dulu..kerja aku sekarang ni mempertahankan orang yang tak reti nak pertahankan diri..membelasah orang yang menyusahkan aku..sampai orang bengang dengan aku..orang-orang yang aku defend tu takde effect apa2..takpe takpe..aku mmg mcm tu..suka nolong orang..kalau orang khianat aku, siaplah. For the time being, aku ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk benda nak pikir..nak buat...so susah nak fokus skit benda2 kat ofis ni. Kekadang tu meeting2 yang takde hasil..mmg aku tak masuk...buang masa je..dah ajak meeting..tapi dalam meeting benda tak settle...perkara bebulan bulan lamanya diulang..tu yang aku tak gemar langsung tu..

Monday, May 3, 2010

Sayangku kembali ceria......





Photos taken on Sunday, 2 days after this cute baby discharged from the hospital. Very d lucky baby...hehehe..now she felt very healthy & hope will alwizz healthy for me and her "Ibu"..love u Awfiyah.


The DIY project

Penuh ketekunan...thanks to photographer.

operasi bermula..

Kaler pun dah turun


Tengah dok lepak2, aku terpikir plak pasal aktiviti hari minggu. Terperasan satu machine yang dah kerap aku abaikan sedangkan dia la yang bawak aku pegi office masa bujang2 dulu. So aku jenguk sebentar...sedey plak tengok dia berjemur sampai luntur la kaler fibre dia. So aku dapat satu idea DIY activity yang bleh diselitkan untuk hujung minggu ni..ngecat le pe lagi..dan aku teringat produk yang pernah aku tengok dulu. Kebetulan ada sorang member ni pegi port yang ada jual, aku kirim la...tapi sebenarnya aku bukan nak cat machine ni..tapi nak cat Dashboard kereta...tapi dah terbeli kaler itam, nampak hold dulu la part kereta tu.."binatang apa dia tunggang" bak kata Arwah Ibrahim pendek dalam Ali Baba...so machine 150 cc aku la jadi mangsa..

hasilnye?? nantikannnnnnnnnnnnnnn

ahhhaa...dah selamat berpindah

Perghhh..berpeluh ketiak aku arini...dari pagi kul 9 sampaila nak dekat tengahari aku ngerjakan tempat aku.Almaklumlah jumaat aritu aku chow pi amik anak checkout dari spital. Tempat baru cara kerja baru??? no la..same as before. For what i have to change my working style just because of the new place. Tempat baru ni agak hangat skit sebab dok tepi tingkap. Dekat setahun lebey la aku akan port kat sini sementara tempat lama siap. Darling aku pun dok jauh dalam bilik tue..jauh skik je..tapi takleh nak cintan cintun sebab dia dah share bilik dengan lelaki plok, yang jarang kuar bilik..hehehe

Sunday, May 2, 2010

Me on tonight's game, Carlsberg sign off


Malam ni pastinya perhitungan berbeza buat the reds, yang pasti sejauh mana diorang nak menang game tu aku sendiri tak pasti. Kenape? sebab ada 2 objektif berbeza yang kena capai. Pertama, The reds pastinya pentingkan maruah, nak kemenangan supaya tak tercicir jauh sangat walaupun chances of gaining the champion's league 4th spot looks going to fly away BUT, mereka kena juga ingat, kalau mereka menang ke atas chelsea, peluang musuh tradisi, MANCUS untuk menang league title utk kali ke 19 akan tercapai, beerti lebih 1 dari jumlah yang dimenangi The mighty reds. OF COURSE, we won't let this to be happened. So, secara konklusinya..aku mmg taknak ia berlaku..kekeke..let the chelski to win the game...

Another important thing's to be happened tonight is about the Carlsberg. This is what i've been waiting for so long..Carlsberg will sign off as the club's shirt sponsors and will be displayed for the last time tonight in CHINESE LANGUAGE. Harapnya bile dah ada Standard Chartered, The Reds will be crowned as the league champion again...

Saturday, May 1, 2010

Baby Awfiyah jalan-jalan



Baby Auni dah pun kuar spital, so perkara pertama yang dibuat untuk dia ialah bawak jalan2 kat luar. Bagi dia ilang stress skit, dok umah terperuk kang stress plak. Lokasi yang dituju ialah Mid Valley sebab aku pun mmg nak ke sana beli barang skit. Tapi agak sesak, parking full..aku pun belasah je masuk, dan alhamdulillah..masuk je terus dapat parking. Rezeki anak la katakan..