
Pagi ni aku pegi keje mcm biasa la...perjalanan lebih kureng 40 minit. Tak berapa tu kalau sampai kat tudm...jem giloz...penat la plak nak tunggu sampai. Tapi harini aku kuar dengan tak sabar2 nak dengar Era. Sbb aku nak dengar result Europa League, Liverpool vs Benfica pagi tadi. Ingat nak bangun tengok..sekali maleh la plak. Tu pun lepas aku tido balik sbb bangun dengar anak aku membebel. KALAH !!....dua gol penalti..tp aku tau mesti leh bangkit...yang tak berapa best..pengumuman dalam berita Era..Pelawak& Pengacara Riuh Pagi Era..Din Beramboi meninggal dunia. Aduhhh..aritu dah makin stabil...aku pun tak sabar nak dengar dia cerita pengalaman time sakit..tapi nampaknya tak berpeluang dah. Pasni pagi pasti bosan..tak best dengar Era. Aku suka dengar dia merapu..outspoken dan jujur penyampaiannya...tak hipokrit berbanding pelawak lain yang kadang2 dibuat buat...al-fatihah pak din..semoga rohmu dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment