LaGu TeMa BlOg AkU....

SeBelUm korang BacA Blog Aku Ni....Inilah LagU tema Blog Aku...pasang SpeAker...taK paham Kalu...BacA LiRik ni...NyanYi Sama-Sama....


This is my blog,
My way,
My mind,
My say,
If you don't like it,
Get out go away,
Cause this is my site,
My crib,
My likes,
If you don't like it,
Get out of my site,
A place where I can hang out, (uh-huh)
A place where I can shout out, (my thoughts)
All the feelings I keep inside, (uh-huh)
I post it all on this site. (oh my god)

OK! Well welcome to my blog,
urm.. u r a visitor,
please leave ur initials
Thank you, come again!

Wednesday, December 29, 2010

Ahhhh...Kecurian....

Hampeh tul...umah jiran depan plak kena...hilang myvii sebijik...cilakak tul lah..ni membuatkan aku risau keselamatan keluarga ni..depa ni takde keje lain ke asyik buat onar je..pi la umah orang2 kaya melambak lagi kat tempat lain tu..

Goodbye....Welcome....

Goodbye...itulah yang mampu ku katakan kepada tungganganku...jodoh kita tidak berpanjangan..apakan daya...kau sungguh seksi...sungguh perkasa..menjadi tarikan mata yang melihat..tapi aku terpaksa melepaskanmu kepada tuan yang lain..apapun ku berbangga kerana pernah memilikimu...aku akan ingat kat ko kerana engkaulah menyebabkan aku jatuh cinta pada adik2 mu...


Ahah....adikmu menjadi milikku...berkaler hitam..berbadan tegap dan sasa...berkilau dan sungguh jantan...if once u become bimmer...u always be a bimmer...yes yes...

sehari je ko standet dengan aku...memang abis punye aku bogelkan...see...ur new shoes..big size lorrrrr...
i don't like people to see me inside this machine...so need to go for some new addition's..dark tinted for this machineeeeeeeeeeeeeeee.....muahhhhhhhhhhhh

do it properly broooooooooooo.........
.
ur r so shy...so quite...but now i have to teach u how to make some noise....come..
.
hey...what r u doing? touching my backside...damn u...

TahNiah MalAysiaku



Akhirnya Malaysia JUARA jugeeeeeeeeeeeeee...yahooooooooooo...tahniah semua...lantak pi lah CURANG ke...LASER ke....yang penting kite menang..........cuma harapnya FAM tu jangan tak tentu hala lagi mcm sebelum2 ni...kang pi balik zaman lama...bungkus je manjang..haru kang...

Sunday, December 19, 2010

FoRmULa dRIft MaLaYsiA

Sabtu 20 Dis 2010, Kualaaaa Lumpurrr..Key Key Ell...Key Key Ell... - setelah selesai satu lagi paper exam pagi tu, aku mencongak destinasi seterusnya..mau pi mana? (sebab nak tggu kete kat bengkel petang kang..so kena cari port dulu)...lalu terlintas dipikioran nak ke Merdeka Square..Apalagi..Drifttttttttttttttttttttttttttttt...keceng keceng..kamera mmg dah bawak siap2 cumanya jiwa 30% je nak pegi mula2 tu..dekat 20 minit gak aku berdiri kat entrance..pikir nak beli tiket ke dak ni...sbb aku rasa aku dok dalam tu sejam dua je..rugi woooo..tapi takpelah sekali sekala....di bawah ni antara sedutan yang sempat diupload..


wau..cantik..bukan amoi ni..no plate tu

Sniper..pro ke tak..tak tau le

ni mesti orang kuat ZTH ni..mcm kenal sticker 00 tu

asapppppppppppp

Stylo gile lah mamat japanese ni..kete polis tu..neno neno...tak tau ni Ruji ke Saito..yang pasti Saito menang sesi kat KL ni


creeeettt..creeettttt

Booth..tapi tak banyak..tak best..

Cuba apply technique Panning...aku kena belajo lagi ni..

snap..jangan tak snap..masuk bayar ni..

oooohhh idamanku...mesti jadik tumpuan.

Ni aku nak bagi KK pilih...

ni je minah melayu yg aku nampak dalam deretan amoi...agaknya la

Wednesday, December 15, 2010

FiLeM WaYanG

Last 2 weeks aku pi tengok Ngangkung..not a bad movie to fill up my free time..biasalah cite MIG..mesti ramai pi tengok..penuh tu siut..aku dapat last 2 seats, nasib baik atas sekali..kalau depan sekali mau teleng kepala. So ape lagi cite menarik yang nak kuar? Kongsi ni macam best je...MIG lagi..

Sinopsis Filem Kongsi: Lu Langsi, Lu Mati

Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.


Movie synopsis :
Horror movie, a fishing village used to be peaceful but the villagers find that their money is being stolen by an unknown person. Later they discover it is the work of Esah, a mystical creature ('toyol') with a guardian. Esah has been secretly visiting the home of Sutera (Eja) and Hashim (Hairie Othman) and their three kids, resulting in less stealing activity and his master's wrath. In the end, Esah turns violent and disaster awaits the whole village.



Monday, December 13, 2010

TahUn BarU IsLam...WelCome Muharam....

Tahun baru Islam telah menjelme..adakah ini permulaan baru atau masih lagi sama seperti tahun2 terdahulu? jika nak difikirkan tentang tahun 2011..lambat lagi..baik mulakan buku baru di tahun Islam ini..2010..apa yang bestnye? Bersama keluarga memang best..tapi perkara-perkara lain yang berlaku pada 2010 tak banyak yg best..kerja?..sama je mcm tu..environment di port sementara begitu tak best...udara? persekitaran? manusia? ooohhhh...tidak best sama sekali..bilalah nak pindah..masalah2 pada 2010 pun banyak..senarai mat kencing pun bertambah2...ohhh dikencingilah aku...tapi insyaallah 1432 h ni pasti lebih baik..insyaallah orang baru dalam keluarga juga bakal memecahkanlah kesunyian yg ada..yang ado pun dah cukup riuh..huhu..pasal kerja mcm2 rumours pun ado..tapi tu tah bilanya..maleh pikir..studi? aduh cepatlah abis..aku malas dah ni..rezut pun makin susut...cgpa pun makin merosot..waduh waduh..kapla tak mampu memikio lagi..doaku pada tahun baru ni mudah-mudah :

1) Panjang Umur aku dan keluarga
2) Sihat tubuh badan kami
3) dijauhi dari setan, malapetaka, anasir jahat
4) murah rezeki
5) karier berkembang...studi tamat dgn cemerlang
6) persekitaran bertambah mengasyikkan

Wednesday, December 1, 2010

Bengong...

Perghhh....harini aku sudah fire satu makhluk..ini ayat aku :

ada aku sebut nama kau ke? ada aku suruh balas emel ni utk panjangkan cerita ke? ada aku berkias dalam emel ni? bukan ayat aku dalam emel ni terang2 suruh pergi call n tanya...tak faham? ke mmg jenis tak faham bahasa? rasanya arahan dalam ni semuanya dinyatakan dengan jelas n nyata so apa masalahnya? emel ini dari awal utk semua yg bekerja...so kenapa terasa? bersalah ke? kalau rasa tak bersalah...so ignore dan buat kerja ..full stop..

Friday, November 26, 2010

TewAs

aiyokk.....korupsi..korupsi...aku tewas dalam mendapatkan projek masyuk...sume gara2 orang dalam yang berkuasa...ceh hampeh korang..kroni tak abis2...sib baik projek satu lagi ada..cepat lah kuar LO...aku dah ready nak sambar ni..

Monday, November 15, 2010

GEMPAR!!!! 18 Nov 2010 Degupan Jantung Rakyat Malaysia Akan Terhenti..


18 nov 2010.. seluruh rakyat Malaysia akan terpaku...jantung tidak berdegup lagi..muhahaha..kerana ape...kerana dr rozmey...apa lagi yang menariknya 18 nov tu? apa lagi suprise dr rozmey nak buat...ngeh ngeh ngeh. Best ke citer ni yang dr rozmey sibuk bebenor market kat media massa...kita tunggguuuuuuu

Thursday, November 11, 2010

JaNgAn StRess....

Arrggg...StRess...StRess...chewahh..konon..aku pun tak tau bila aku stress...ni aku dok pikio ni bila nak siapkan 3 assignment yang nak submit 28 nov ni...adoi yaiiiii...tensen siyut...apa pun aku yakin aku boleh siapkan..sebab kalu aku takleh siapkan sendiri..aku pinjamlah...hahahah...tpi setakat ni pinjam tak pernah la..sharing n caring tu pernah lah...hahaha

Tuesday, November 9, 2010

P0Kleh....kini tidak misteri lagik...

Ini story tentang one of the best programmer di office aku yg dah move a step forward into breaking the Internal social community dengan cerita-cerita tentang dirinya..siap yg kenal P0kleh..mmg bukan senang untuk mengetahui rahsia dan aktiviti hariannya. Sekarang pokleh dah start develop blog dia sendiri untuk meluahkan apa yg ada kat kepala otak dia..kalau tak korang takkan tau apa yg sebenarnya pokleh buat dan nak buat hari2. To Pokleh...terimalah serangkap pantun :


Pokleh berlari mengejar itiknye;
Tersilap langkah terpijak taik unte;
Lepas samsung wave kini blogger;
tahniah pokleh...mu dah semakin advanced le;

Sunday, November 7, 2010

PenGhuNi BaRU Di RuMahKu


My new signing...hahahaha..fadhlan mesti menyirap je dengan geng baru aku ni...aku hanya perlukan 10 minit untuk buat keputusan beli lens ni...untuk menembak..nak beli vrII fulusnya lum cukup...aku target tokina 2.8f pun cukuplah pasni...baru complete set..

Thursday, November 4, 2010

PeNgAjarAn Yg BeRulang Kali AkU daPaT


Baru-baru ni aku tengok satu rencana tentang kehidupan jatuh bangun seorang lagenda tanahair yang takkan ada pengganti..allahyarham P.Ramlee. Memang x dinafikan dia akan hidup lebih lama lagi kerana orang tak henti2 sebut nama dia..dan menonton filem dia yg berulang2 kat tv...orang pun tak jemu2 tgk. Bila aku tgk bio ni, mmg tak dinafikan betapa hebatnya dia..betapa susahnya dia jugak sbb berhadapan dgn pengarah2, wartawan yang menjatuhkan dia. Semuanya pasal hasad dengki diorang..sehinggakan P.Ramlee yang kaya raya..meninggal dunia dalam keadaan sangat daif. Dari situ pengajaran yg aku dapat...hasad dengki orang sekeliling mampu membuat kita merana...dari situ juga aku dapat..biarlah kita sebagai ketua keluarga meninggalkan isteri dan anak-anak dengan bekalan utk diorang meneruskan hidup. Bila kita dh xde..dah cukup membuatkan diorang menderita..tapi tanpa harta benda yg ditinggalkan..lebih menambah penderitaan. Aku ckp mcm ni sbb aku pun pernah melaluinya bila arwah abah aku meninggalkan aku masa aku kecik dulu. So yg penting skrg..sbg ketua keluarga..aku perlu bersiap sedia menyimpan utk masa depan diorang...aku perlua pastikan diorg berada dlm keadaan serba ckup samaada time aku hidup mahupun dah takde nanti..insyaallah.

Tuesday, November 2, 2010

GaDjeT TerLatesT


Lama dah tak menembak guna gadjet gua kat umah tu...yang terbaru nikon dah keluarkan gajet yang terlatest...D7000 yang dikatakan lagi power dari D90 dan D300s. Apa yang best??? dia didatangkan dengan TWO SLOT MEMORY CARD.... i repeat...TWO SLOT...wah.. siap dengan 16.2 megapixel tu...lum sampai kat Malaysia lagi barang ni...so rasanya bersabar jelah..lagipun mesti rege dia wauuuuuuuuuuuuuu...i'll sticked to my existing gadjet for d time being..

IsU PuNcH CaRd

Sejak seminggu dua ni tak abis2 isu punch card yang sibuk diperkotak katikkan di opis aku ni. Admin yang menguatkuasakan kerja2 mengambil dan memangkah punch card tu begitu berdedikasi. Bagi aku tak salah nak kuatkuasakan. Tapi biarlah berhemah. Janganlah garang sangat..nanti ramai plak yg tak suka. Aku nak amik kad untuk check OT pun cuak. Perkataan Card ni dah jadi isu sensitif. Sampai koyak2 kad...nak jumpa HR...menangis sume siaplah..hahaha..Bab ni..bagi aku kalau sume nak buat penguatkuasaan...semua kena ikut..jangan plak aim kat certain2 orang je tapi yg betul2 hamlau lepas. Baru2 ni ada sorang hamlau yg mmg aku tau perangai dia..chewaahh bos puji pulak kononnya selau bagitau bos nak datang lambat..bagus...ye ke bagus? apa guna kalau bagitau bos nak datang lambat tapi punch card tak merah? jeng jeng jeng....aku gerenti lah kad tak merah..yang bangang nye tu...orang2 yg bersekongkol untuk tolong punch card tu..boleh plak pi cerita2 kat orang lain...konon taknak tolong...tapi buat jugak..ilmu apa hamlau ni pakai sampai tali barut dia mmg setia nak membantu.

Friday, October 29, 2010

BilA OtAk Tu Dh BeKu...



Susah betul bila kita berhadapan dengan orang yang degil..otak kering ni..kalau dia buat hal..tegurlah mcam mana pun dia takkan berubah punye. Malahan dia pulak persoalkan adakah kita ni pun sama haprak mcm dia. Wahhhh...bestnya idup kalau datang lambat..orang tolong punch..lepas tu bukan lambat sikit..nak pukul 10 baru muncul...lepas tu lepas lunch nak dekat pukul 4 lebey baru masuk opis...tunjuk muka 3,4 minit pastu ilang balik...tunggu dekat2 nak balik baru muncul semula nak punch out...mcm ni punye orang pun ade..mmg paling worst la yg aku penah jupa kat opis aku ni..mcm harem betul..nilah masalahnya kalau otak dah beku..kepala bana..lantaklah..belum terkuis kat aku lagi..terkuis kalu..aku pecahkan tembelang sampai ke peringkat nun jauh tinggi di sana...

ApA MaKsUd DiSebAliK GamBar?

Bile ditengok2 balik gambar ni sambil berpikir...apakah maksudnya? adakah ini satu penghinaan buat Islam atau ini menandakan kuasa2 barat akan berpaling dan menjadikan islam sebagai pembimbing mereka? Hanya orang yang mereka gambar ini dapat menjelaskan....

Wednesday, October 27, 2010

DiSeBaLiK Hari

Hari Ahad
Allah s.w.t menjadikan alam, bintang api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.

Hari Isnin
- Nabi Idris dinaikkan ke langit.
Publish Post- Nabi Musa mengunjungi Bukit Turnisa
- Bukit keesaan Allah s.w.t diturunkan
- Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
- Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
- Rasullullah wafat

Hari Selasa
- Nabi Yahya wafat dibunuh
- Nabi Zakaria wafat dibunuh
- Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan
- Asiah isteri Firaun mangkat dibunuh
- Lembu Kaum Bani Israel dibunuh
- Habil dibunuh oleh Qabil

Hari Rabu
- Qarun hancur binasa
- Firaun dan tenteranya ditenggelamkan
- Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk
- Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail
- Umat Nabi Hud dimusnahkan Allah s.w.t dengan angina taufan

Hari Khamis .
- Nabi Ibrahim memasuki Mesir
- Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui baginda
- Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir
- Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf diMesir
- Nabi Musa memasuki Mesir

Hari Jumaat
- Nabi Adam berkahwin dengan Hawa
- Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha
- Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib
- Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis
- Rasullullah s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aishah
- Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah

Hari Sabtu
- Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya
- Nabi Salleh ditipu umatnya
- Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya
- Nabi Musa ditindas Firaun
- Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi

Kusut....?


KuSut..selalu dikaitkan dengan keadaan fikiran yang tidak tentu arah..atau berserabut...jugak keadaan pemakaian yang tak berapa proper..mcm baju kusut sebab tak iron ke...tapi kusut yang aku nak cite ni ialah pasal fikiran aku yg kusut melihat keadaan sekeliling yang tah hapa2...mostly berkait dengan perangai atau sikap orang2 disekeliling. Recently mcm2 kekusutan berlaku kat sekeliling aku... ada yang berpakatan sana sini pasal jawatan tinggi kat tempat aku kerja ni, soal perselisihan orang-orang disini yang pada awalnya adalah bersahabat..tapi kini banyak plak perbalahan, dengan perangai individu yang sendiri menyesakkan kepala dengan masalah yang sendiri cipta..dengan staff yang kusut memikirkan masa depan kat organisasi ni lepas dengar nak digabung dengan SME Bank. Apa pun yg aku perasan kat sini..bila berebutkan jawatan tinggi..biarlah berpaksikan niat nak memajukan organisasi dan perjuangkan hak orang bawah..bukannya untuk kepentingan poket sendiri atau sbb jawatan...kalau berpaksikan benda ni..aku tak kisah pun sapa je nak position tu..amikklah..aku nyokong..bila bercerita tentang perbalahan plak...soal perselisihan faham ni bagi aku perkara yg boleh diselesaikan dengan face2face...ingat satu je..kawan ok..simpan..kawan hampeh..buang je..menyemak. Pasal kepala semak disebabkan sendiri cari masalah..haaa...bab ni aku tak paham. Kalau sebelum ni ok..segalanya terurus..yang cari pasal n buat masalah tu sapa suruh? pastu kepala semak..betullah orang cakap..benda baik nak buat susah, tapi benda buruk cepat je. Pastu nak patah balik susah plak tu. Orang biarlah apa yang dibuat tu makin meningkat..barulah tandanya kita belajar dari pengalaman. Bukannya makin merundum..tak paham aku. Janganlah jadi orang bodoh yang tak pernah pandai..so dia tak tau apa pengertian pandai tu...berbanding orang pandai yang pernah jadi bodoh..so dia tau betapa bodohnya dia dulu..

Thursday, October 21, 2010

ApA Yg BerLakU BuLaN OkToBer

Walaupun tak banyak...ada jugak beberapa perkara yang berlaku dalam bulan oktober ni termasuk dalam diari aku...mostly related dgn family n kerjaya...

1. Bulan okt...sambutan hari ulang tahun kawin aku 10/10...tahun ni sambutannya memorable skit sbb siap ada suprise dari kejiranan..
2. Aku melangkah setapak ke alam bisnes untuk mencari jaminan masa depan..permulaannya bulan ni..insyaallah ada rezeki...adolah..
3. Princess aku yang cenonet tu dah boleh berjalan sendiri..syabbas betey...lama dah abah n ibu tunggu..bak kata orang..kalau budak banyak cakap ni mmg jalan lambat..ada gak betulnya..so sekarang ni dia dah berjalan sambil mulut nye membebel..complete set...hehehe..
4. Orang baru????....dah sampai kah masanya? akan ku fikirkan dan bergantung kepada ketentuan illahi..
5. barang baru????...hahaha...of course...ada duit lebey...adalah barang baru..
6. keadaan sekeliling??? setakat ni mcm biasa..sama je..yg perangai cam haprak..tetap mcm haprak..yg aku risau ni yg ok...jgn jadi haprak gak...
7. satu langkah lagi ke hadapan...telah aku buat minggu ni...insyaallah..hasilnya baik atau tak..terserah pada ketentuan ilahi...

Tambahan kepada gadjet sedia ada...3 gadjet lama si cinonet dah buat main..kalau nak kira yang ni sekali..maksudnya ada 3 lagi yg belum dia kerjakan..hehehe...



Monday, October 11, 2010

Ten..Ten..Ten...Jeng jeng jeng

Orang sume sibuk kawin 10/10/10...mcm aku...10/10 dah aku punye...keh keh keh..dulu plan nak sambar 08/08/08...sekali terlajak dah...amik lah 10/10/08. So kelmarin ialah Hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 2. Tak banyak suprise yang dibuat..aku yg kena suprise pun adalah gak..jiran2 tetangga kat kawasan rumah aku buat Majlis Silaturrahim, so malam tu gak diorang amik kesempatan buat suprise utk aku n wife...nak nangis rasanya...cet..pegey dah..nangis konon..hehehe..apa pun thanks kat diorang.
Kalau cerita bab tarikh ni, ia sekadar tarikh..yang penting pengisiannya..susah woo nak wat pengisian dalam tarikh tu. Apa guna kalau ada tarikh cun tapi lupa...kekeke..kang bini majuks kang..dan apa guna kalau ada tarikh yang menarik utk diingati, rumah tangga tak terjaga..hah..so kepada sume pasangan diluar sana..tarikh sekadar tarikh jika tidak diisi dengan pengisian yang indah..to my lovely darling..hepi anniversary ke 2..love u n babeh..

Tuesday, October 5, 2010

Satu lagi percubaan



Kencing..dan terus dikencing..tapi nak wat camne..manusia mcm2 dalam dunia ni..manusia kaki kencing terus menyelubungi aku..kali ni jumlah tak besar sangat tapi disebalik business ko yang ada tu..takkan wang sekecil tu pun nak kapur..???? Yang pasti aku akan pastikan hak aku dikembalikan secepat mungkin..ni semua dek rekemen dari kawan la ni..dia pun kena kabur gaks..yeye cakap orang kaya lah apa lah..sekarang ni dah kena kapur...sapa nak bayar? kau ke?


Tapi selain asyik kena kencing..peluang kemasyukkan itu akan sentiasa ada bagi insan yang teraniaya mcm aku..insyaallah..kalau segalanya berjalan lancar..inilah sumber pendapatan tambahan untuk masa depan keluarga...Ya Allah..berkatilah aku kali ini...amin...

Monday, September 27, 2010

Sonoknye Syawal

Wah....bulan syawal ni berlalu pantas...tup tup nak abis dah tak lama lagi...ape yg terbayek tahun ni? Mcm biasa2 ja..cumanya baby dah becar skit..raya pun kat kpg umah tok wan dia..so collection utk duit raya dia terus diburu n diburu..tahun depan insyaallah baby dah leh jalan sendiri beraya kot..takpun dah beraya dengan adik kot..ahakkkkkkk...emmm...lek lu...lek lu...yang ni 13kg pun lum puas dukung..tpi kalau dikurniakan allah swt..syukur padaNya. Cuma sekarang ni bukannya tak sabar nak abiskan syawal..tapi tak sabar nak sambut syawal tahun depan..ahahaha..aku suka feel masa malam raya hinggalah raya ke 4...masa tu feel dia lain mcm skit..pas pada tu..dah mcm hari biasa..persiapan umah tahun ni very simple..tak wat pe sgt..tahun depan insyaallah spend skit lah..lgipun raya tahun ke 2 umah baru...lainlah mcm kuu tom...raya tahun ke 2 dah renovate lagi umah..tahun lepas lain..tahun ni lain..perghhh masyukkkkkk...aku pun dh ushar benda2 utk raya haji...ahahaha..raya haji tu....

Sunday, September 5, 2010

2 tahun...2 tahun...setiap 2 tahun...tapi kali ini...?

Jika sebelum ini transformasi diadakan setiap 2 tahun...adakah kali ini akan berlaku lebih awal? Aku masih menanti saat dan ketikanya aku harus membuat keputusan....adakah...adakah...

Thursday, September 2, 2010

Akan Ku Jumpa (Sempena Ramadhan)

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

Sunday, August 29, 2010

Perubahan...perlu ada sokongan..

Punca kegagalan seseorang itu gagal berubah, ialah kerana persekitarannya menghalang dia berubah. Umpama penagih dadah yang cuba berubah tetapi ditolak masyarakat. Macam tu jugaklah kita apabila berubah, tetapi persekitaran sekeliling menguji kita supaya tidak berubah. Kalau seseorang itu panas baran...keras kepala...kurang sabar...dan dia cuba berubah...orang sekeliling seakan-akan tidak mengizinkan..malahan menguji dia dengan pelbagai perkara..walaupun remeh temeh. Jadi apa yang perlu dilakukan? sebagai manusia biasa, hanya doa padaNya saja yang dapat membantu supaya terus diberi kesabaran dan kekuatan..

Monday, August 23, 2010

KAWAN BERBAYAR DAN KAWAN PERCUMA

wuahhhh...ngantuknya. Harini balik semula bekerja lepas cuti semalam sbb nak menjawab paper exam. Tough jugak paper tu. Insyaallah boleh la kot lepas. Ni nak cite pasal attitude manusia sekeliling. Especially yang kita panggil kawan. Sekarang ni susah nak dapat kawan bila time dia susah, dia ada...bila time dia senang pun dia ada. Yang aku jupe sekarang banyak yang time senang je blah la. Ke sekarang ni kalau nak berkawan ko kena pancing dia pakai duit..entertaint kaw kaw baru la orang nak berkawan dengan kita. Setakat ni aku jupe seorang kawan yg mmg susah senang ada je walaupun aku jarang contact dah. Since aku dah kawin..dia pun dah kawin. Tapi bagi aku dia kawan paling jujur aku pernah jupa. Susah dapat wooo...sbb yg aku tengok sekarang ni sume berkawan untuk jadi teman happy je. Berapa ramai antara kita sanggup cerita masalah kita pada kawan? of course kita mesti pilih orang yang sesuai kan? tapi senang ke dapat? ada yang suka mendengar je..tapi tau ke dia dengar tu sbb dah kita cerita atau mmg dia excited nak dengar n tolong? Lagi satu...susah zaman sekarang ni kawan nak dengar nasihat kawan..kalau bagi nasihat, dikatakan menyibuk..jaga tepi kain orang...walhal kita nasihat tu untuk kebaikan mereka juga..tak berbayar beb. Tu tandanya aku sanggup kuarkan air liur aku untuk kebaikan diorang. Yang aku paling pantang ialah member hipokrit. Time nak something, ada je ko nampak muka..tapi bila dah selesai...haram..aku mmg dah blacklist orang mcm ni..dan beware la juga yg aku ni kalau blacklist..sampai bila2 aku blacklist. Bagi aku ni sume gunting dalam lipatan. Aku tak kata aku ni perfect..tapi cuba lah nilai skit apa sumbangan yang aku pernah bagi dalam ikatan persahabatan tu. Dulu aku jaga mulut untuk jaga hati orang..sekarang ni aku dah tak jaga dah..nak watpe jaga kalau orang pun tak jaga hati aku..sebagai amaran..nak berkawan tu berkawan lah betul2...aku ni kalau korang susah..aku sanggup tolong mcm mana pun..tapi janganlah bila korang dah senang..korang blah je...kawan time senang melambak..time susah dapat beb...so don't waste it...kawan yang berciri PENDENGAR DAN PEMBANTU tanpa bayaran zaman sekarang ni susah nak dapat...

Saturday, August 21, 2010

Berbuka puasa


On this date (21 oct 10) - aktiviti berbuka puasa di rumah mertua..so ape lagi, turun ke kl bersama princess utk pengalaman pertama berbuka bersama tok n tok wan..n uncles (except kamal...bz studi kat uia)..so pelbagai juadah disajikan...air je dah cukup wat aku kembong (kelapa n soya)...harini juga princess pegi amik injection kat klinik..utk chicken pox nye..

Wednesday, August 4, 2010

After long years..i've got mine...

I've been waiting for this moment for long long long years...at last...i've got it..The kop's jersey..with the new sponsorship's on the chest..but i choose to get the away jersey..nicer than the home one. Now let's hope anfield will get the new owner..with a lot of fund..and make the team the richest club in the BPL...

Kawan = Sahabat?....sama ke?

hahaha...i'm back...lamanye aku tak post ape2 kat blog ni..bukan takde cite..banyak..but no time for this. Once aku open je blog ni..aku menguap..so tutup balik..simpan cite2 sensasi. Topik arini, aku nak cite pasal erti kawan...sama ke dengan sahabat? bertahun lamanya aku cuba pahamkan benda ni, dan masih aku tetap di pendirian aku..NOP.. kawan boleh beli..sahabat takleh..kawan ni ko senang dapat..kenal je..dah jadi kawan..belanja je minum..lagi la jadi kawan..tapi time ko susah..mana pegi nye kawan? takyah susah2..sebut nak pinjam duit je..lari la kawan..tak pun mcm2 alasan akan kuar..tu la bezanya kawan n sahabat.. dan aku pernah test benda ni..dah ternyata bezanya. Aku akan naikkan pangkat seseorang kawan tu jadi sahabat bila :

1) Dia simpan rahsia aku
2) Dia sedia hulurkan bantuan bila aku susah dalam apa cara sekalipun...tak semesti aku nak pinjam duit, dia tak mampu, dah tak kira sahabat...pertolongan ada dalam mcm2 bentuk..
3) Tau perangai aku...sentiasa respek apa yg aku buat n bukan kritik aku...
4) Tak gunakan aku bila perlu..dah tak berguna..hilang..
5) Gunakan kejayaan aku sbg perangsang untuk berjaya gak..bukan jeles...
6) Tau menghargai nilai persahabatan...dan sedar diri...sahabat tu pendengar setia..yang mendengar bertahun2 lamanya..tak boleh diganti dengan mudah
7) Boleh terima perangai aku ni sebagai satu keunikan..seronok ke kalau sume kawan perangai sama..biar berVariety..ada senyap..ada bising..ada skema..ada pak lawak..itulah penghibur hidup seharian..

bila dah jadi sahabat...in return...aku akan balas yang sama..insyaallah..tapi tak semua sahabat akan dapat benda yg sama..yg tak samanya ialah rahsia..walaupun bergelar sahabat..ada gak benda bleh share..takleh share..bukan nak membeza bezakan sahabat...kesesuaian untuk tau rahsia kena tengok pada pendengarnya..

Thursday, July 22, 2010

stress test...stress test....

aduh...stressnya...stressnya...sakit kepala memikirkan. Banyak benda nak kena buat..nak kena pikir..taknak buat..mmg dah kena buat.. dengan kudaku lari tak gagah berani lagik...dengan environment keje yg tah apa2..harap2 orang sekeliling jangan le menekan aku dan menyakitkan kepala aku yang dah sedia serabut ni..

Ruang...ruang...aku perlukan sedikit ruang...

Daily activities between monday to friday :

6.30 am : wake up in the morning
7.30: start my journey to the office
8.20 : arrive at the office
6.15 : going back home
7.15 : arrive at home n spend some moment with princess before going to the bathroom
8.45 : having dinner with my family
10.00 : surfing or sometimes playing xbox
12 am : sleep

is this the way to spend ur time during the working days? do you think it is enough? are you going to do all this until u reach 50? till now...this is what i can do..i need some rest...im so tired..physically...my mind also..a lot of things to think..i need to change this thing..

Monday, July 12, 2010

for me..for everyone too

Kadang-kadang setiap apa yang kita buat, kita harus lakukan untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain..kita tak boleh fikirkan apa yang kita buat itu akan melukakan hati orang lain, jika kita rasa itu yang terbaik. Pasti....terguris itu ada...tapi itu lebih baik daripada penderitaan berpanjangan..kadang2 hati yg terguris itu akan terubat..apabila tiba masanya..dan segala kenangan pahit akan terpadam...kenangan indah tersimpan baik sebagai pengalaman hidup..perjalanan hidup ni kan mcm belajar...kita tak tau apa akan berlaku esoknye sbb kita tak tau apa2..kita kena hadapi dulu hari esok...baru kita dapat sesuatu dari situ..apa saja..apa saja..dan aku tak pernah lupakan pengalaman hidup aku dari kecik sehingga besar...dari gembira hinggalah kesedihan...itu adat bagi aku yg dari dulu berusaha memenangi dan menggembirakan hati orang sekeliling...kadang-kadang aku terpaksa bersifat kejam...membiarkan diri dibenci...asalkan untuk kebaikan orang..credit for me...that's me

Thursday, July 1, 2010

BUKU DAN BACA

Membaca bukan untuk periksa. Membaca itu ibadah tanpa masa.

Ke mana sahaja berpergian dalam kesibukan, buku jangan tiada dalam genggaman. Justeru seawal usia putik jagung di ladang ilmuan, murabbi melatih diri dengan disiplin ini. Ke surau dengan buku, ke kelas dengan buku. Di stesyen bas dengan buku, di dewan makan juga bersama buku. Tidur berbantal sedap, di dada buku erat didakap. Sebelum mata terpejam rehat, buku ditatap tak pernah penat.

“Berdakwah itu memberi, membaca itu mencari. Jangan sibuk memberi, sebelum sibuk mencari”


p/s aku cuba berubah...insyaallah

Tuesday, June 29, 2010

Kenapa hari berlalu sama je?

Hari ke hari..sama je keadaannya..takde yg suprise! cak cak!.....sumenye "emmmmmm....uwekkkk...hampeehhhh"....kat opis selain daripada buat kerja yg sama..mata aku sakit tengok seorang.....seorang ke?...budak yg hampeh...nak kata budak...besar panjang dah....tapi tah nape aku panassss je tgk dia.... degil yg amat..mengelat yg amat..kencing pn yg amat...skrg tgh jadi bos...dtg keje kul lepas kul 10...time keje bukan wat keje pun..tpi bila suh wat keje...mak oi melenting tak ingat...bile nak pindah ni...aku nak dok port baru...yg mata aku tak memandang mereka2 yg hampeh...

Wednesday, June 16, 2010

Weekly updates on MOneY...BaD NeWs..GooD NeWs

Satu lagi minggu berlalu dengan pantas..dah hari rabu, ish ish makin berlalu hari2 itu..makin tualah aku..dan makin membesarlah anakku..

Duit
Ape yang aku dok congak dari hari ke hari ialah kemasyukkan wang ke dalam akaun..bleh stress dibuatnye bile memikio wang yg tak masyuk2. BONUS? hampeh...takde tanda2 dia akan masyuk..tah hape yg susah sgt si entiti ni nak bayar..mentang2 la diorang tak merasa bonus tu...lambat nak decidenye..cuba kalau diorang pun dapat..Apapun kekesakkan tu reda lah skit dengan kemasyukkan duit dari sumber2 yang tak dijangka..alhamdulillah..blehla bertahan untuk 2 minggu ni...gaji ohh gaji....

World Cup
Ahhh..bosan bosan..tak syiok langsung WC setakat ni..result sume hampeh..draw...kalau menang pun sebijik je tu pun gol hampeh yg diconverted from the spot..Germany je yang outstanding pun.

Career
A bit slowly from day to day..but going to be very busy in the coming weeks sbb projek yg aku involved nak siap dah..so nak live nanti bz la skik..task analysis yang HR sibuk suh isi ni pun akan terisi lagi..dan lagi..dan lagi...

Merger? ohh tidak...ada bunyi2 katanya nak merge dengan SME? Ape ke hei pulak ni...baru setahun lebey dah timbul cerita mcm ni plak...

Study
Minggu ni second tutorial..yang first aku skip pasal cuti-cuti malaysia..so rajin ke aku nak pi kelas sabtu ni? 4 subjek tu dari pagi sampai la ke petang...rajin rajin...have to...sbb dapat dah sem lepas punye result...legenya lulus paper tough..

Family
Alhamdullilah..sume sihat sejahtera, cukup makan dan pakai..entah bilenye nak bercuti jauh2 skit dengan family...

Frenzzzzzeee
Emmm...ok lah...new frenz takde..hampir ada la..tapi aku dah sepak kuar..kaki kencing..buang masa aku je..existing frenzzzz sume ok..kalu ada yg hampeh tu..dah lama aku buat jadi hampas..tak guna simpan..perabih boras je...

Futsal
Ohhh futsal..game padang mmg dah takde punye...futsal pun takde dah agak lama dah ni..badan pun dah turun skit...chewaahh..tapi dengar2 nya aku akan main balik la..dah ada jemputan..cumenye bile tu tak taulah.

Thursday, June 10, 2010

SeSak...SeSak...SeSak

Aduh..bulan penuh kesesakkan...bukan jalan yang sesak (cuti sekolah beb!)..tapi poket yang sesak. Sebenarnya bila terlalu merancang kewangan dan berjimat..boleh jadi kedekut..tp aku plak jenis berbelanja je asalkan untuk keperluan..bila dah abis nanti, barula pikir mana nak cari..nak plak kita tau sumber2 wang tu ada..persoalannya..bila aku nak dapat? kenapa time aku sesak, ko lambat2 plak nak sampai?

Bonus...oh bonus...ku dengar perkhabaran di bawa angin..ko akan tiba..tapi masih samar2..ngape ek...apa lagi yang nak dipikirkan? bayar saja kami..bayar...bayar..

PeRangCangaN HidUp UnTuk MaSa DepaN

Banyak cara untuk kita merancang hidup, terutama apabila kita sudah berkeluarga. Ada beberapa perkara yang aku perlu beri perhatian apabila menempuh alam kekeluargaan ni...antaranya:

Perancangan Pelaburan
Kat mana aku perlu melabur supaya duit yang ada akan bertambah dan bertambah..aku pernah melabur sampai terlingkup..kekeke..so kena identify mana2 pelaburan yang worth for me.

Perancangan Persaraan
Kerja sampai mati? tak mungkin....ada sampai masanya kita akan berhenti bekerja..dok umah..berehat..tapi boleh ke berehat tanpa masyukkk?

Perancangan Harta
Harta? banyak ke harta yang aku ada? apapun harta2 ni perlu diuruskan andai kata umur aku tak panjang..so wasiat adalah perlu..supaya keluarga senang kemudian hari..

Perancangan Pembelajaran Anak
Yang ni confim punya..antara satu sebab kenapa kena menyimpan atau melabur..5,6 tahun lagi si comel akan masuk sekolah..mesti banyak wang yang nak digunakan..so i have another 6 years to get some money from the investments.

Thursday, June 3, 2010

Go to Hell Israel!

"I could've killed all the Jews in the world, but I kept some alive, so that you can see why I was killing them..." - Adolf Hitler

Minggu Menguji Ketabahan & Kesabaran

A lot of things happened this week...betul2 menguji ketabahan dan kesabaran aku... bermula dengan baby kesayangan yang jatuh sakit sampai kena tahan kat wad berpunca dari penyakit yang sama sebelum ni...alhamdulillah dah sihat dan dapat keluar...
Dan pada masa yang sama...kita tau pentingnya wang dalam kehidupan..semuanya perlukan duit..tapi apa kita rasa bile kita perlukan duit..duit tu takde sbb orang lain buat kejer terhegeh2? Duit kita takde sbb orang lain cuai? Padahal kita bayar dia untuk dapatkan kita duit..bukannye free..bukannya kita minta duit orang.. bertambah panas kita bila berlaku benda ni time kita tgh sesak...
Yang sekor lagi ni pegang duit aku...tak bayar2...alasan mcm2..last2 bagitau masalah family pulak..suh aku plak sabar..siap ckp kalau tak sabar..set tempat...bunuh je dia..bangang betul! Aku bunuh ko ape aku dapat?

Monday, May 24, 2010

Camne nak bina keluarga bahagia?

ini untuk dikongsi bersama bagi semua yang membaca tips ni..kadangkala kita tidak mampu buat semua ini tetapi At least adalah yang diamalkan...

1. Hormat pada pasangan anda dan jadi contoh pada anak2
2. Jujur dalam hubungan suami isteri. Setiap rumahtangga memerlukan kesetiaan. Jangan melakukan sesuatu yang boleh mengganggu gugat hubungan dengan pasangan anda. Kadang-kadang kita anggap perkara kecil, tapi sebenarnya akibat agak besar juga.
3. Luahan pada pasangan anda dengan ayat2 cinta seperti "I love U" sekurang kurangnya sekali sehari
4. Keluhan dalam rumahtangga adalah biasa. Elok kita mengeluh depan2 kerana pasangan adalah tempat kita berteduh
5. Imbas Kembali kenangan lama sebelum berkahwin dengan bercerita, buat semula apa yang pernah dibuat dulu
6. Percayalah pada pasangan anda dan jangan pula membuatkan dia tidak percaya anda...kena sama2 berusaha
7. Pertengkaran dalam hubungan adalah biasa, tetapi jaga pertuturan supaya tidak terkeluar perkataan2 yang kasar2 termasuk penggunaan "aku & kau"
8. Penampilan anda haruslah semakin baik...bukannya semakin tidak terurus. Mungkin bagi wanita atau lelaki, berat badan meningkat boleh mengganggu tarikan tetapi sebenarnya tidak. Kadang2 apabila berat semakin meningkat, kita semakin menarik, sihat, comel atau hensem2 kacak gitu. Tidak salah kita berdandan atau bercantik cantikkan atau berhensem henseman walaupun dirumah supaya mata pasangan anda tidak puas melihat.
9. Berbincang dengan pasangan tentang perancangan masa depan, pastinya banyak idea2 akan timbul untuk kebaikan bersama
10. Susah bersama, walaupun apa jua keadaan, cuba pahami keadaan pasangan anda. Anda perlu saling payung memayung supaya pasangan anda sentiasa rasa dirinya selamat dan tidak kekurangan.

Thursday, May 20, 2010

Hidup kena bermatlamat

Memang satu kenikmatan dan kesyukuran apabila kita mampu membuang tabiat buruk kita untuk kebaikan...seperti mahkluk2 lain terutamanya manusia, pasti akan ada kekurangan pada diri seseorang itu walaupun sehebat mana dia..dan aku tak lari jugak dari itu semua. Kadang2 bila dah buang yang buruk2 tu..ada benda2 buruk yang baru datang plak. Salah satunya sikap aku yang suka melenting apabila aku tak suka satu perkara tu...terutamanya kalau orang poyo dengan aku..tu sebab aku lebih suka dok diam2..buat benda tanpa perlu share dengan sesiapa..tapi sampai bila bah? Aku skrg ni kira slowly la mampu bertahan, berdiam diri apabila ada org test kesabaran aku..cuma kekadang tu terkeluar gak dari sempadan..kalau nak diikutkan..dulu aku lagi teruk..dok buat hal sendiri...sampai aku tukar motor rgv pembelian ibu pun senyap2..balik bawak rxz...wahh..pandai buat keputusan sendiri..umur baru 18 tawun..bukan pe..aku kalu dah nak..mmg nak..kalu bgtau kang..tak dapek..smpai mak aku konpius..dia ni keje nanti bleh ke dibawak berbincang...abisla geng2 opis aku kena interview masa mula2 diorang datang umah beraya dulu..pastu aku kalau marah..terasa..aku diam je..sampaikan org pn tak pasti aku terasa/marah dgn sapa..haha..padan muka..sapa makan garam, dia la rasa masin..
Sekarang ni aku dh ok la gak..tak mcm dulu..almaklumlah kita kena berubah ikut keadaan n untuk kebaikan semua orang disekeliling..nak plak dah jadi suami/bapa ni. Tanggungjawab memastikan segala kelengkapan; rumah,barang dapur,segala bil,pengangkutan dll cukup..dan aku hanya perlukan rest seperti main xbox, tenet & bersukan. Yang penting aku dok umah, anak bini nampak aku..daripada aku sosial hilang tah kemana..hahaha..kalau ada bajet, leh buat kawasan luar umah tu tempat berehat..ala2 bali gitu..untuk lepak mencari ketenangan..haha..supaya aku dapat atasi ujian2 kat diri aku ni oleh orang sekeliling..

ahhhh....lemah seluruh tubuhku




huhuhu..semalam selesai sudah satu lagik tugas,menguruskan program derma darah kat agrobank. biasalah aku sebagai ajk kelab, kena berkhidmat untuk sosial n kebajikan. Job aku mcm biase la, menangkap photo2 untuk dipaparkan kat portal. pada masa yang sama gaks aku turut menyumbangkan darahku untuk membantu mereka2 yang memerlukan. Mudah-mudahan dapat menambah pahala mengatasi dosa-dosa aku yang ada...hik hik hik...agaks lemah skit...


Sunday, May 16, 2010

Today is Sunday..i'm exhausted

Hari yang cukup memenatkan..dari pagi sampai la ke petang aku mengerjakan kuda Malaysia dan kuda German... buat detailing kategori amatur..hehehe..selesai sudah..Semalam punye cite plok aku cuma pi weeding ceremony kat PICC, Putrajaya, ex boss ABADI, en zainal punye anak pompuan punya hari bersejarah..kebetulan ada sambutan Hari Belia kat situ..aku takleh miss majlis ni sebab diorang pegi weeding aku haritu..dua-dua side plak tu.

Nilah budak yang paling hepi pi PICC aritu..kekeke


Tuesday, May 11, 2010

Panas...panas...

Hari bekerja....seperti biasa yang malasnya ialah perjalanan nak ke ofis, JEM. Aku sampai ofis harini pukul 8.20 dan disebabkan kelaparan, aku pi la kedai mamak sorang-sorang. Tetiba sampai plak kelibat mamat ni join aku..terkezut...sbb? sbb budak ni jarang nak breakfast pagi dan yg lagi terkezutnya dia sorang2 turun pi kedai mamak..unbelievable. Sapa lagi kalau bukan rakan seunit aku..Masa tu jam pukul 8.35..tengah dok lantak, tetiba dapat call plak dari office mate aku "BOS CARI"...adoi..time2 ni la cari aku..tak cukup dgn tu..time aku nak pi bayar (dlm kul 8.45)..bos call aku plak & aku jawab je..pe lagi...kena sekali la aku..dengan rakan seunit aku pun kena..padahal jarang dia turun..nak dijadikan cerita, ramai lagi yang hari2 pi breakfast, tapi harini tak pegi plak..selamatla diorang...tak pun bos tak ushar diorang..aku mmg tak gemar kerja dalam keadaan terlampau strict ni..aku spend 15 minit je, walaupun masuk keje kul 8.30, aku ni manusia dan aku admit silap aku tak breakfast sebelum kul 8.30..dah tak sempat nak buat camne. Tapi yang penting bagi aku, kerja aku siap, orang takde complain dan aku takde merugikan duit company...compare dengan orang lain yang berlakon kerja banyak tapi sebenarnya tak buat kerja pun..main game lagi adala sepanjang 8 jam dok kat ofis tu. Yang aku lagi panas, dengar cite plak rakan seunit aku ni (unit aku ni 2 orang je..aku n dia) nak kena transfer masuk unit lain..kononnya unit tu tak cukup man power..memang unit tu dari dulu priviledge lebih skit..dulu ex boss aku cakap kat aku " unit u ni takde benefit kat bank..so i takleh nak monitor..i kena fokus pada unit "TUT". aku panas la...ape unit aku ni takde benefit? meh aku jahanamkan application dalam unit aku ni...tengok korang melenting tak...ni nak kacau unit aku plak..kalau betul unit workload banyak gila, stayback la after office..ni tengok 5.30 dah balik..aku dulu unit 2 orang je...nak kena settle kerja..lewat malam pun tak balik lagi...jangan kata aku bujang la time tu..aku pun manusia gak..penat gak..tapi kat situ nampak camne kekurangannya... ni tak abis2 lagi...bikin wa panas betul..

Friday, May 7, 2010

Hari minggu....aku suka!..tapi...nak watpe?

Yahoo...hari minggu dah tiba..bestnya..takyah pikir pasal opis..pasal jem time pegi n balik..smlm emel ada problem..so patutnya aku pi opis pagi ni, tapi brontok bro kata defrag semalam ada hasil baik, so takyah la pegi..aku pun ada jemputan majlis cukor jambui umah jiran kat sini. Pastu aku nak pi KL la jalan2..kasi abis duit..sok ahad dok umah seharian..tapi perjalanan nak ke KL tu yg buat berat skik tu...tol n minyak dia...perghhhhhhhh... nak kena sumbat 2.8 aku ni full tank...

Thursday, May 6, 2010

Perlukah aku kebosanan di tempat kerja?

Nampaknya kebosanan aku semakin kritikal..aku semakin kurang bersemangat berbanding waktu2 dahulu semasa unit aku dihuni oleh aku & sorang kakak ni..masa tu mmg gilo punye bz..kalau aku relax...relax betul..kalau aku bz...mak oi..sampai tengah malam bz. Tapi bz pun masa tu sronok sbb aku dpt menyumbangkan hasil kepada organisasi. Dapat peluang present kat management pun ado..kekadang jadi one man pun ado sampai slack kalu..ko sorang jela glamour. Sejak korporat ni, banyak job yang dah dimansuhkan sebab outsourcing. So kurangla terlibat dengan event2 lagi. Aku pun mcm dah buntu je...buntu sbb environment dah tak se best dulu..kerja aku sekarang ni mempertahankan orang yang tak reti nak pertahankan diri..membelasah orang yang menyusahkan aku..sampai orang bengang dengan aku..orang-orang yang aku defend tu takde effect apa2..takpe takpe..aku mmg mcm tu..suka nolong orang..kalau orang khianat aku, siaplah. For the time being, aku ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk benda nak pikir..nak buat...so susah nak fokus skit benda2 kat ofis ni. Kekadang tu meeting2 yang takde hasil..mmg aku tak masuk...buang masa je..dah ajak meeting..tapi dalam meeting benda tak settle...perkara bebulan bulan lamanya diulang..tu yang aku tak gemar langsung tu..

Monday, May 3, 2010

Sayangku kembali ceria......





Photos taken on Sunday, 2 days after this cute baby discharged from the hospital. Very d lucky baby...hehehe..now she felt very healthy & hope will alwizz healthy for me and her "Ibu"..love u Awfiyah.


The DIY project

Penuh ketekunan...thanks to photographer.

operasi bermula..

Kaler pun dah turun


Tengah dok lepak2, aku terpikir plak pasal aktiviti hari minggu. Terperasan satu machine yang dah kerap aku abaikan sedangkan dia la yang bawak aku pegi office masa bujang2 dulu. So aku jenguk sebentar...sedey plak tengok dia berjemur sampai luntur la kaler fibre dia. So aku dapat satu idea DIY activity yang bleh diselitkan untuk hujung minggu ni..ngecat le pe lagi..dan aku teringat produk yang pernah aku tengok dulu. Kebetulan ada sorang member ni pegi port yang ada jual, aku kirim la...tapi sebenarnya aku bukan nak cat machine ni..tapi nak cat Dashboard kereta...tapi dah terbeli kaler itam, nampak hold dulu la part kereta tu.."binatang apa dia tunggang" bak kata Arwah Ibrahim pendek dalam Ali Baba...so machine 150 cc aku la jadi mangsa..

hasilnye?? nantikannnnnnnnnnnnnnn